Video 'Anti Hudud' di dalangi UMNO

KUALA LUMPUR - Menerusi satu pendedahan video daripada MalaysiaNews, sebuah video yang hangat diperkatakan mempersenda Hukum Hudud telah di dalangi oleh pihak UMNO.

Video tersebut yang lantang mengkritik undang-undang Islam dianggap kurang beradab dan tidak menghormati sentimen orang Islam yang majoritinya di M'sia ini.

Menerusi pendedahan tersebut, admin menggunakan alamat email ajaff8@gmail.com yang bertanggungjawab memuat naik video dalam laman Youtube Sembang Rakyat turut pada masa sama mengendalikan beberapa laman website milik Umno seperti Melayu Bangkit, Selangor Kembali, Umno Tg Karang dan Puteri Umno Selangor.

Selain itu, pihak admin yang bertanggungjawab ini juga banyak mendaftar dengan alamat berbeza seperti di Langkawi, Klang dan Jerantut.

Video tersebut yang tidak menghormati sensitiviti orang Islam tersebut boleh ditonton di http://sembangrakyat.org/.

Setakat ini tiada sebarang tindakan daripada mana-mana pihak berkuasa mahupun siasatan mengenainya dijalankan.

Kekebalan admin ini dilihat hampir sama dengan Papagomo yang juga antara penyokong tegar Umno.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply