Suaram Terima Anugerah Hak Asasi Suhakam

KUALA LUMPUR - Sempena hari 'Hak Asasi Manusia Sedunia' pada 10 Disember, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia M'sia (Suhakam) meraikannya dengan memberi anugerah kepada NGO Hak Asasi, Suaram sebagai tanda penghargaan sepanjang perjuangan menegakkan hak asasi di M'sia.

Selain Suaram, dua lagi anugerah juga diberikan kepada Sekolah Integrasi (Sekolah pesalah juvana sekitar Kajang, Kluang, Marang, Sungai Petani, Kota Kinabalu dan Kuching) untuk kategori Anugerah Istimewa dan Tijah Yok Chopil, seorang penduduk Orang Asli Semai untuk kategori individu.

Namun, pihak Suhakam semasa majlis tersebut meluahkan rasa kecewa kerana M'sia masih ketinggalan dengan negara Asia Tenggara lain dalam isu memperjuangkan Hak Asasi Manusia.

Pengerusi Suhakam, Hasmy Agam berkata, "M'sia masih ketinggalan dalam perjuangan Hak Asasi Manusia jika dibandingkan dengan negara jiran Indonesia walaupun secara ekonominya lebih maju."

Suaram yang ditubuhkan selepas Operasi Lalang dilihat paling lantang di dalam memperjuangkan  Hak Asasi Manusia di M'sia dengan banyak menyentuh isu seperti ISA, Pelarian Perang dan Ketidakadilan Polis M'sia.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply