Unit Amal, SAMM sedia bertembung Perkasa


KUALA LUMPUR - SAMM dan Unit Amal hari ini mengeluarkan kenyataan bersiap-siaga untuk menghadapi pengacau Perkasa menjelang ceramah Pakatan Rakyat di Sg Balang, Muar.

Dalam kenyataan tersebut, kedua-dua unit bebas PR memberi amaran kepada Perkasa untuk tidak menimbulkan sebarang kekacauan jika tidak mahu insiden Umno/Perkasa lari lintang pukang seperti di Rembau berulang.

Dalam insiden tersebut, pihak Umno/Perkasa yang terdiri daripada remaja serta beberapa antara mereka berbau arak cuba menimbulkan kekacauan telah dibelasah dan dihalang daripada mengganggu ceramah.

Ceramah pada esok hari akan melibatkan tiga penceramah utama PR iaitu Mat Sabu, DS Chua Jui Meng dan Che'Gu Bard.

Petikan terakhir yang dikeluarkan oleh Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf dalam kenyataan media tersebut:

Akhir, SAMM Johor sekali lagi menyeru UMNO Muar dan NGO tajaannya untuk menghormati lunas-lunas demokrasi seperti yang telah ditunjukkan oleh pihak penganjur program yang sudi menerima memorandum anda. Serta, jangan racuni pemikiran anak muda Muar dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng.

Keras lawan keras, api lawan API !!
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply