UMNO Kbg Pasu mahu pemimpin jujur

JITRA - Ketua Umno Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom memberi peringatan bahawa - anggota UMNO, khususnya di peringkat bahagian perlu jujur kepada pucuk pimpinan tertinggi parti. Usaha ini dilihat sebagai langkah terbaik untuk mendapatkan kembali sokongan majoriti orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Tambah beliau, andai pemimpin terbabit membuang sikap pentingkan diri dan insaf, maka tidak sukar untuk UMNO meraih kembali sokongan Melayu. Jelas beliau, "UMNO sebenarnya tidak lemah. Ia mampu hadapi apa saja parti, tetapi kerana orang Melayu tidak bersatu dan masalah dalaman di peringkat bahagian menjadikan UMNO lemah."

Mohd Johari yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, berkata peringatan yang dibuat berulang kali oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya dipegang oleh seluruh anggota Umno.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply