Papagomo Ugut Tayang Video Baru DSAI

KUALA LUMPUR - Blogger kebal, Papagomo hari ini sekali lagi membuat ugutan video lucah melibatkan ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim kepada umum ekoran berang dengan kenyataan Anwar yang mahu blogger tersebut disiasat selepas menaiki kapal selam.

DSAI dalam kenyataan yang dipetik di MalaysiaKini, Anwar menegaskan kemungkinan isu keselamatan negara dikompromi kerana seorang yang tidak mempunyai sebarang kepakaran tentang ketenteraan serta diragui identitinya telah dibenarkan untuk meneliti kapal selam pertama negara tersebut.

Dalam video terbarunya berjudul Anwar Ibrahim di Patpong, Bangkok, Papagomo mengugut untuk menayangkan video penuh tersebut kepada umum sebaik saja selesai kes perbicaraan liwat II ketua pembangkang tersebut.

Dalam video bertarikh 12 & 13 Januari 2011, Papagomo turut mendedahkan pesawat MH 782 yang dinaiki Anwar semasa kunjungannya ke Bangkok.

Setakat ini, tiada lagi sebarang kenyataan dikeluarkan disebabkan DSAI masih berada di mahkamah Jln Duta untuk perbicaraan kes tuduhan yang dihadapinya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 comments

  1. aku rasa Papagomo ni SB.. tak mustahil.. tengok gaya ada gaya SB.. blogger kebal pulak tu.. boleh masuk kapal selam pulak tu..

Leave a Reply