Draf pinda AUKU dibentang Mac - Khaled Nordin

KUALA LUMPUR - Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, draf pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan. Kementeriannya akan mendapatkan pandangan menyeluruh daripada pihak universiti berhubung cadangan pindaan kepada Seksyen 15 AUKU - sebelum draf tersebut disiapkan sebelum akhir bulan depan.

Ia bagi memastikan pindaan yang akan dibuat, selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 10 mengenai hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.

Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk meminda AUKU dengan menekankan dua prinsip iaitu membenarkan mahasiswa terlibat dengan parti politik di luar kampus dan mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada sebarang aktiviti politik kepartian.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply