Ulama Umno Bisu - Ustaz Nik Zawawi


KUALA LUMPUR - Sikap berdiam diri serta membisu ahli agama Umno mendapat kritikan Dewan Ulama PAS Pusat yang menyifatkan mereka sebagai sekadar mencari makan bersama parti.

"Orang Islam kena faham, pelaksanaan hukum hudud bukan arahan daripada parti politik tetapi hukum Allah yang wajib dilaksanakan sama seperti menunaikan zakat, puasa dan haji," jelas Ketua Penerangannya, Ustaz Nik Zawawi Salleh.

Nik Zawawi meluahkan kekecewaannya selepas bukan sahaja orang bukan Islam mempersenda hukum  Islam tersebut malahan orang Islam sendiri bertindak senada menolak hukum hudud.

Selain Soi Lek yang menghina hudud, sikap tidak bersuara pemimpin Umno juga dapat dilihat apabila Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin sewaktu Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini mempersoalkan mengenai hukum hudud.

Kamal berkata, hudud yang dikhususkan kepada orang Islam sahaja menyebabkan adanya dua jenis undang-undang yang akan menyukarkan rakyat.

Beliau turut mendakwa liwat ke atas isteri tidak dimasukkan dalam hudud yang akan dilaksanakan PAS Kelantan dan ini amat tidak adil kepada wanita.




Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply