PAS mahu tambahan kerusi di P. Pinang

KUALA LUMPUR - PAS Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan merayu para pengundi untuk memberi kepercayaan kepada mereka sebagai mewakili suara orang Melayu-Islam di dalam Dun P. Pinang kelak.

Pesuruhjaya PAS P. Pinang, Dato' Salleh Man seruan itu dibuat selepas puluhan tahun Umno memerintah Pulau Pinang tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap ekonomi dan perpaduan orang Melayu di P. Pinang.

"PAS tidak terlepas pandang akan kepentingan orang Melayu walaupun kita hanya ada satu kerusi sahaja, dan ia merupakan luahan perasaan mereka setelah Umno tumbang di beberapa buah negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu," katanya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply