Tun M Ramal India Jadi Seperti China

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Mahathir bin Mohamad meramalkan India akan menyerupai negara China dari aspek kejayaan ekonomi jika 'kurang demokratik' , kata-kata beliau tersebut dipetik semasa menghadiri sidang Hindustan Times Leadership Summit.

Bertemakan 'Cabaran Perubahan pada Abad Ke-21', Mahathir turut menekankan tentang kelemahan proses demokrasi yang dianggapnya turut berperanan melumpuhkan keupayaan membuat keputusan seseorang pemimpin.

"India mungkin jadi seperti China jika kurang demokratik," katanya semasa ucap utama.

Disamping itu, Mahathir turut menegaskan pasaran tertutup telah memperlahankan perkembangan ekonomi India dan memuji India yang mengamalkan sistem sosialis tetapi turut pada masa sama menganjurkan sistem demokrasi sejak dahulu lagi.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply