Syed Mokhtar Bakal Beli Saham Proton

KUALA LUMPUR - Jutawan, Syed Mokhtar Al-Bukhary bakal mengambilalih saham kawalan ke atas pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd, menurut laporan Businessweek.

Menurut laporan tersebut lagi, pengambilalihan tersebut bakal mendapat restu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad serta akan menyaksikan Syed Mokhtar menguasai 43% saham daripada Proton.

Namun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada DRB dan Khazanah Nasional Bhd dan sebarang komen masih belum dikeluarkan.

Penganalisis TA Securities Holdings Bhd, James Ratnam meramalkan pengambilalihan tersebut semakin jelas dan Syed Mokhtar dijangka menambah koleksi perniagaannya dengan pembelian saham ke atas pemilik kereta mewah Lotus tersebut.

"Pandangan Mahathir akan dikaji secara serius oleh Khazanah jika dia mahu menjual Proton," kata Ratnam.

Syed Mokhtar, 60 merupakan jutawan termua kedua Asia selepas Pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan menurut kedudukan terkini oleh majalah perniagaan Forbes.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply