Keputusan Kes Anwar 9 Januari

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam sesi penggulungan hari ini memutuskan keputusan akhir Kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui pada 9 Januari tahun depan.

Pihak pendakwaan dalam sesi terakhirnya semalam berkata keterangan Anwar dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan.

Manakala pihak pembela pula dengan hujah Karpal Singh berkata, keterangan yang diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kandang tertuduh boleh diterima mahkamah.

pihak pembelaan juga turut bergantung kepada keterangan saksi lain termasuk dua pakar dari Australia.

Selain itu, pihak pembelaan juga mahu mahkamah mengketepikan keterangan pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana ia adalah saksi yang diragui.

Sementara itu, Akhbar The Guardian dari United Kingdom semalam memberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply