Tun M Banding Proton Dengan Airbus & Boeing

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan status kereta nasional yang diberikan kepada Proton sama seperti Airbus dan Boeing yang mendapat sokongan kerajaan kerana sendiri.

Mahathir juga menekankan Proton masih memerlukan status kereta nasional kerana ia akan memberikan beberapa kelebihan dari segi sokongan kerajaan.

Mengulas mengenai Naza Group dan Sime Darby yang berminat mengambilalih 42.7 peratus kepentingan Khazanah dalam Proton, Mahathir menegaskan keputusan sepenuhnya akan dibuat oleh Khazanah sendiri.

"Apa yang penting ialah Proton harus menunjukkan prestasi baik selepas ini dan keupayaan mereka yang boleh meningkatkan Proton harus diambilkira," kata Mahathir.

Dalam laporan sebelum ini, Khazanah bakal kepada DRB-Hicom, satu langkah yang tampak mendapat restu daripada Dr Mahathir.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply