Felda Nafi Pajak Tanah Peneroka

KUALA LUMPUR - Presiden Kumpulan Felda Global Datuk Sabri Ahmad menafikan tanah-tanah peneroka akan dipajak selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia yang dijangka April ini.

Sebaliknya Datuk Sabri menegaskan hanya tanah-tanah yang dimiliki oleh Felda sahaja akan dipajak.

Untuk rekod Felda memiliki lebih 360,000 hektar tanah, sementara 112, 635 peneroka Felda memiliki lebih setengah juta hektar tanah.

"Kita tidak pajak tanah mereka dan tanah yang dimiliki oleh peneroka Felda tidak akan diganggu," katanya.

Perkasa Sokong Isa Samad Pengerusi Felda

Dalam perkembangan lain, badan NGO pendesak Melayu Perkasa hari ini mengadakan demonstrasi bagi menyokong tindakan pengurusan Felda menghantar Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti belajar bagi menambah ilmu pengetahuannya.

Selain itu, Perkasa juga menyokong kepimpinan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda serta penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia.

Turut mendapat kritikan Perkasa pada demonstrasi tersebut ialah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan juga PAS yang dikatakan menjadi penghasut.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply