Aziz Bari - HEP Perbodohkan Pelajar

KUALA LUMPUR - Prof Aziz Bari yang mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai pensyarah di UIAM minggu lalu pada malam tadi mengkritik pihak Hel Ehwal universiti dengan berkata, "HEP adalah tempat pegawai2 yg ditugaskan utk memperbodohkan mahasiswa"

Aziz Bari muncul untuk turut serta bersama para mahasiswa/siswi dalam pidato bertajuk "Bebas Akademik"di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH).

Turut hadir kemudiaan untuk bersama Aziz malam tadi juga ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Aziz juga mendedahkan terdapat segelintir pensyarah yang bertindak menghalang gerakan mahasiswa daripada bergerak aktif dengan memetik insiden menutup lampu semasa debat di Universiti Malaya baru-baru ini.

Menyedari tempoh untuk bersama dengan Universiti itu semakin berakhir, Aziz bertegas akan meneruskan arus perjuangan bersama-sama rakyat.

"Saya mungkin tidak lama di UIA. Saya akan bersama2 arus Rakyat. Banyak yg harus kita perjuangkn dan perbaiki," Kata Aziz Bari.

Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah seorang ahli akademik, pensyarah dan pakar undang-undang yang mencetus kontroversi selepas dikatakan mempertikai titah Sultan Selangor berkenaan isu murtad.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply