Tony Fernandes Nafi Lepas Jawatan

KUALA LUMPUR - Taikun penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan dia akan melepaskan jawatannya bersama syarikat penerbangan tersebut selepas khabar angin mengatakan sebaliknya.

Menurut beliau, kata-katanya telah disalah tafsir oleh pihak tertentu.

Bernama dan Sin Chew Daily dalam kandungan berita kelmarin melaporkan petikan petanda bos AirAsia tersebut bakal melepaskan jawatannya untuk memberi laluan kepada muka baru dalam pentadbiran syarikat penerbangan terkemuka itu.

Kedua-dua portal Bernama dan Sin Chew kemudiaan menarik balik kandungan media mereka daripada laman masing-masing.

Wartawan BebasMalaysia turut sempat melayari laman Bernama dan Sin Chew, lalu mendapati kesemua berita berkaitan dengan AirAsia telah dikeluarkan dari laman mereka.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply