Khairy vs Rafizi di PWTC?

KUALA LUMPUR - Isu skandal National Fidlot Corporation (NFC) atau lebih dikenali sebagai Projek Lembu Kebangsan bakal menjadi dua isu pertembungan pemuda dari Pakatan dan BN selepas Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menghantar tawaran rasmi untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Lebih menarik lagi, Rafizi mencabar Khairy untuk berdebat di gelanggang mereka sendiri iaitu PWTC, kubu kuat bangunan tersergam indah markas Umno.

Rafizi dengan sinis berkata, "Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat Umno sendiri," katanya.

Selain itu, Rafizi juga mahu Khairy sendiri menentukan tarikh dan masa untuk berdebat.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply