Dr Nasir - Dari Doktor Ke Penulis Novel

KUALA LUMPUR - ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim semalam melancarkan sebuah novel karangan barunya berjudul 'Mengharungi Titik Noktah', siapa sangka seorang yang pernah bergelar Professor Madya ini mampu menulis sebuah novel 469 muka.
Penglibatan Dr Nasir bersama Parti Sosialis Malaysia menjadi ilham buat beliau untuk menulis sebuah novel yang mengkisarkan tentang perjuangan pahit manis melawan penindasan bersama rakyat bawahan.

Pengasas Suaram ini juga dalam ucapannya mengganggap novel 'Mengharungi Titik Noktah' bukan alasan untuk beliau bersara daripada aktivisme sebaliknya menyemarakkan lagi semangat dan perjuangan untuk membantu rakyat tertindas amnya.

Selain itu, novel karangannya itu turut ditujukan khas sebagai penghargaan kepada rakan seperjuangan beliau yang banyak berjuang bersama semasa susah dan senang.

"Bercelaru untuk saya menghasilkan novel ini, lagi satu saya tulis novel ini mengikut rasa hati saya sendiri," kata Dr Nasir.

Dalam novel ini, kami sempat mengintai isi-isi dalam novel dan petikan pada muka pertama nyata menyentuh erti perjuangan sebenar Dr Nasir. 

Kulihat demokrasi dilahirkan dengan penuh kesopanan,
Kulihat demokrasi diukirkan dalam sejarah perlembagaan,
Kulihat demokrasi dilamarkan ke pelosok dunia.

Tetapi di dalam alam yang berpancaroba ini
Ku lihat demokrasi tunduk...
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply