Adegan 'Datin Ghairah' Seksi ala 'Charlies Angel'

KUALA LUMPUR - "Nama saya Datin Ghairiyah Bt Mat Puas", demikian kata-kata pembukaan filem berjudul Datin Ghairah yang telah berada di pawagam pada 8 Dis lalu.

Seperti judul filemnya, lakonan dan adegan barisan pelakon nyata memberahikan dan dijangka memberi fenomena baru kepada industri perfileman negara selepas kebelakangan ini dipenuhi dengan cerita-cerita seram.

Datin menjanda anak dua bernama Emilia dan Imelda memaparkan kehidupan stereotaip kaum bangsawan yang bertarung dengan kontroversi dan kepalsuan masyarakat yang cuba mengambil kesempatan atas dirinya.

Tidak seperti Ombak Rindu yang dipetik, filem arahan Sabree Fadzil yang dilakonkan barisan pelakon terkenal seperti Maria Farida dan Aaron Aziz ini dikategorikan sebagai filem romantik komedi.

Tagline pada akhir filem "Hidup Mesti Seksi, Tapi Jangan Seksa" dilihat berani dan mampu memberi provokasi kepada sesetengah pihak, namun lebih afdal jika biar penonton menilai filem ini.

Namun, dinasihatkan mereka yang dibawah umur harap membawa orang tua anda untuk mengelak tertonton adegan-adegan yang boleh mengugat iman seorang muslim.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply