Pelajar Maut Diserang Gajah

SABAH - Seorang pelajar Veterinar berasal dari Australia terbunuh selepas diserang gajah di taman hidupan liar pendalaman Borneo.

Menurut laporan, Jenna O'Grady Donley yang berusia 25 tahun ditemani seorang pembantu warga tempatan telah diserang ketika sedang merentasi Hutan Simpan Tabin di Sabah.

Pengarah Hidupan Liar Negeri, Laurentius Ambu mangsa mungkin diserang ketika sedang mengambil gambar dan tidak sempat menyelamatkan diri.

Mangsa merupakan pelajar tahun akhir di Sydney Universiti di dalam jurusan Ijazah Sains Veterinar dan dijadualkan akan menghadiri majlis penyampaian ijazah minggu hadapan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply