Kes Anwar Tamat, Ketua Pendakwa Sedia Cabut

KUALA LUMPUR - Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara dijangka meletak jawatan sebaik saja tamat mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lapor Malaysiakini, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima.

Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.

Laporan turut mengatakan dua permohonnya sebelum ini iaitu pada 2007 dan 2009 ditolak dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply