Guan Eng Puji Kapal Selam Tapi...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang diberi peluang untuk menyelam bersama kapal selam KD Tun Razak milik negara memuji keupayaan ketenteraan negara tesebut.

Namun, Guan Eng di dalam memuji keupayaan tersebut secara sinis dengan mempertikaikan kos yang digunakan untuk pembiayaan kapal selam tersebut.

Wartawan semasa menembual KM P. Pinang tersebut mendesak dengan pelbagai soalan untuk dijadikan modal politik dibawah media yang dikawal kerajaan.

Tetapi Guan Eng menjadikan pengalaman semasa insiden di Singapura sebagai pengajaran lebih berhati-hati semasa ditembual para pengamal media mainstream sebaik turun daripada kapal selam.

Kami menghormati sumbangan tentera laut dan menghargai sumbangan mereka kepada keselamatan negara," kata Guan Eng.

Tambah KM P. Pinang itu lagi, "Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam."

Guan Eng berada 90 minit dalam Scorpene dan sempat meninjau kerja-kerja yang dilakukan oleh jurupandu kapal selam tersebut.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply