'Hadiah Najis', Kesederhaan Ala Umno - PAS

KUALA LUMPUR - Hadiah kek replika najis kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dianggap Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Idris Ahmad menonjolkan jelas 'kesederhanaan' yang dibawa Umno kepada masyarakat Malaysia.
Dalam kejadian semalam, Mohamad Ghani Abdul Jiman bersama ahli beserta penyokong Tamil Muslim Umno telah ke pejabat ketua menteri di Komtar untuk menghadiahkan kek najis tersebut sempena hari lahir KM.

"Adakah ini konsep wasatiyyah yang dianjurkan agama Islam," kata Idris Ahmad.

"Ajaran manakah yang membenarkan tingkahlaku sebegini?".

Klimaks kepada insiden tersebut, Mohamad Ghani bersama penyokongnya sempat menjamu kek tersebut selepas ditolak oleh kakitangan dalam pejabat yang enggan menerima hadiah tersebut.

Guan Eng dalam pada itu tidak memberi sebarang reaksi balas mengenai tindakan biadap tersebut serta enggan melayan perkara yang dianggap remeh baginya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply