Dua sahabat dijatuh hukuman gantung

KOTA BAHARU - Dua sahabat karib dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi disini - selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine, Februari tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Hazlani Che Hussin dan Mohd Azlan Mat Nor, kedua-duanya berumur 20 tahun, disabitkan kesalahan mengedar 23.11 gram dadah tersebut. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan pintu gerbang Masjid Beijing, Rantau Panjang.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply