Cucu Gandhi Jemput Anwar Ke Bombay

KUALA LUMPUR - Cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan telah mempelawa  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk melancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India, demikian umum Anwar semasa berceramah di Temerloh.

Walaupun keputusan Kes Fitnah II akan ditentukan pada 9 Jan ini, Anwar memberi keyakinan beliau akan dibebaskan tetapi jika tanpa campur tangan politik.

Sementera itu, Anwar memberi kata dua kepada pihak kerajaan dengan berkata dia boleh dihina di M'sia tetapi tidak dimata dunia.

"Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti  iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India.

"Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia," katanya merujuk kepada Umno.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply