Potret Najib Diturunkan Mahasiswa

KUALA LUMPUR - Selepas selesai menyerah memorandum, mahasiswa yang bergerak ke ibu pejabat UMNO di PWTC telah bertindak menurunkan bendera potret Perdana Menteri Najib Razak sebagai tanda protes mereka petang tadi.

Ratusan demonstran mengarahkan pengawal keselamatan untuk menurunkannya.

Tanda protes tersebut seperti yang berlaku di Iraq apabila rakyat sendiri merobohkan patung Saddam Hussein selepas kerajaannya dijatuhkan.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai tindakan mahasiswa menurunkan potret tersebut.

Para demonstran BEBAS sebelum itu berkumpul di sekitar Jln Raja Laut untuk menyerahkan Memorandum yang mengandungi tuntutan para mahasiswa/siswi yang mahukan kebebasan akademik dan mendesak pemansuhan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply