Awie Bergaduh Di Langkawi?


KUALA LUMPUR - Menurut sumber, pada minggu lepas Awie telah turun ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat PEKIDA Malaysia dan seperti mana lelaki lain, Awie keluar untuk menghabiskan masa bersama dua orang rakan beliau yang kami difahamkan sebagai bodyguard Awie.

Ketika berada di sebuah pusat hiburan, Awie telah bergaduh mulut dengan seorang lelaki atas sebab sebab yang tidak dapat dikenalpasti dan kemudiaan mencapai kemuncak apabila Awie melontar cabaran dengan memanggil lelaki ini sebagai penakut dan bacul.

Selepas itu berlakulah pergaduhan antara antara mereka yang menyebabkan kecederaan.

Si Abang Balas Dendam

Lelaki yang teruk dibelasah ini mengadu kepada abang beliau yang terus berusaha mencari Awie dan rakan rakannya malam itu juga.

Awie dan dua orang rakannya telah berpindah lokasi berhibur malam itu dan si abang kebetulan berjumpa dengan mereka di Sunba Retro Bar. Sekali lagi pergaduhan fizikal terjadi.

Namun nasib kali ini tidak menyebelahi Awie dan rakan beliau kerana si abang seorang diri berjaya mematahkan kekuatan mereka bertiga (Si abang dikatakan adalah guru Silat Bunga Kedah ).

Awie Buat Laporan Polis

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan si abang dan kerana kedudukan beliau yang agak selesa dalam persatuan, Awie dikatakan telah mengarahkan beberapa rakannya yang lain untuk mencari si guru silat ini dan, Awie dikhabarkan telah membuat laporan polis yang kononnya beliau telah diserang tanpa sebab malam tersebut. Kesudahan nasib si abang tidak dapat sumber kami pastikan.

Agak terperinci juga gossip yang kami terima ini dan baca sekali lagi sudah seperti drama swasta di kaca televisyen. Seperti biasa, seseorang perlu buat penjelasan akan gossip ini.

sumber - rotikaya.com
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply