Lagi PTD dimasukkan ke ICU


KUALA LUMPUR - Belum reda dengan kematian seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) iaitu Allahyarhamah Norhashimah Wahid, 31 tahun pada Mei 2010, seorang lagi PTD muda iaitu Muhammad Hailmi bin Abdull Razak, Penolong Setiasusaha Gred M41 dari Kementerian Pertahanan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di utara tanah air.

Allahyarhamah Norhashimah meninggal dunia semasa sedang menjalani latihan ala komando dalam Diploma Pengurusan Awam (DPA)

Menurut sumber dari hospital tersebut, Muhammad Hailmi dimasukkan akibat terkena jangkitan kencing tikus ketika sedang menjalani sebuah kursus yang dipanggil LEAD Camp pada 19-25 November (7 hari) di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU), Baling, Kedah.

Menurut sumber, kursus ini adalah kursus fizikal yang majoritinya aktiviti luar yang melibatkan aktiviti seperti meredah hutan dan sungai. Persoalanya, apakah relevannya kursus-kursus seperti ini kepada PTD? Tidak cukup dengan itu, selepas ini mereka perlu menjalani DPA selama 6 bulan yang mana mereka perlu menjalani sekali lagi aktiviti fizikal yang keterlaluan dalam modul latihan Wataniah selama sebulan.

Adakah pihak kerajaan tidak mengambil iktibar dari kematian Norhashimah Wahid pada tahun lepas? Apakah relevannya kursus ala komando yang keterlaluan kepada PTD? Apa perlunya PTD dilanyak-lanyak dan dilenyek-lenyek dalam kursus-kursus mereka?

Cukuplah dengan membina intelektual mereka dengan memperkenalkan modul-modul baru kepimpinan dan pengurusan. Aktiviti fizikal boleh diselitkan dengan kadar yang bersesuaian, bukannya menjadi teras.

Cukup sekadar membuat senaman pagi dan petang, menyertai aktiviti sukan bukannya dengan mendera mereka. Sudahlah kursus fizikal zalim ini bersifat wajib, yang mana mereka diwajibkan untuk menghadiri, jika tidak jawatan mereka di dalam kerajaan tidak dapat disahkan.

Kerajaan jenis apa yang memaksa penjawat awam PTD ini untuk dilanyak sedemikian rupa. Jangan lupa, mereka semua mempunyai keluarga yang menyayangi mereka dan bergantung hidup kepada insan-insan seperti allahyarham Norhashimah Wahid. Diharapkan nasib Muhammad Hailmi bin Abdull Razak lebih baik dan cepat sembuh. Amin.

Persoalannya, adakah agensi kerajaan yang terlibat sedia untuk bertanggungjawab jika terdapat lagi kes-kes kematian dan kesihatan kronik seperti ini? Jangan sudah ada yang meninggal baru sibuk-sibuk buat sidang dan kenyataan media!!
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply