Kerajaan Cuba Sekat Jurukomputer



KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dilihat terlampau baik hati sehingga mahu mengambil tahu apa yang dilakukan oleh semua rakyatnya, langsung membuktikan sifat-sifat kediktatoran.

Terbaru, kerajaan telah campur tangan dengan mewujudkan Draf Undang-Undang Lembaga Jurukomputer 2011.

Ia diwujudkan untuk mengawal selia industri teknologi maklumat (IT) yang mendapat respon negatif dari ramai pakar dari indusrti IT termasuk pihak pembangkang.

Menurut kenyataan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) semalam, untuk menentukan kedinamikan industri IT kerajaan tidak patut campur tangan, malah rakyatlah yang menentukannya melalui kebebasan pasaran.

"Kerajaan sebenarnya tidak mempunyai keupayaan untuk memberikan akreditasi kepada seseorang jurukomputer kerana industri ini sentiasa mengalami proses perubahan melalui inovasi," kata IDEAS.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply