KL Banjir Kilat, Sesak Jln Tun Razak

KUALA LUMPUR - Hujan lebat di Kuala Lumpur menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan seperti sekitar Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara dan juga menyebabkan ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ditenggelami air.

Akibat banjir kilat tersebut beberapa kenderaan terkandas dan menyebabkan jalan-jalan utama ditutup sekitar Jln Tun Razak.

Lebih memburukkan keadaan, banjir berlaku ketika waktu puncak dimana orang ramai sedang berpusu-pusu hendak pulang daripada kerja.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dan jumlah kerugian dilaporkan.

Sementara itu Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Mohd Noor pula berkata selain Jalan Tun Razak dan Jalan Semarak, jalan lain yang terlibat termasuk Jalan Kuching, sekitar Taman Wahyu, Bulatan Dato Onn berdekatan Bank Rakyat dan sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas.

Bagaimanapun katanya kesemua jalan boleh dilalui apabila banjir mulai surut pada pukul 7 malam. 
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply