UMNO Bimbang Calon Melayu DAP


KUALA LUMPUR - Menyedari kehilangan kepercayaan pengundi Melayu khususnya, UMNO meluahkan kebimbangan selepas DAP dijangka meletak calon Melayu mereka pada PRU Ke-13 nanti.

Perkara tersebut didedahkan menerusi analisis yang dibuat oleh beberapa pakar politik.

Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw menegaskan konsep keterbukaan dan dicorak demokrasi yang dibawa parti itu tidak menghalang calon daripada mana-mana bangsa untuk bertanding pada pilihanraya.

"Soal bangsa tidak wujud. Lepas berpakat, kita akan pilih calon yang sesuai," katanya.

Tambahnya lagi, "Sama ada calon itu Melayu, Cina atau India, kalau dia yang terbaik, kita akan pilih dia."

Kenyataan tersebut memberi isyarat jelas DAP akan mengubah strategi mereka dan meletak muka baru yang terdiri daripada orang Melayu. 

Kebimbangan UMNO diluahkan oleh Anggota Majlis Tertinggi Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Awang Adek berkata, ""DAP memang bercita-cita nak perintah negara, jadi saya fikir elok DAP bertanding di Kelantan dan bagi peluang untuk orang Melayu menilai sama ada mereka mahukan DAP atau BN," katanya.

Pada hemat Awang Adek, keupayaan sebenar calon Melayu DAP hanya akan teruji sekiranya bertanding di kawasan majoriti Melayu dan ia akan menjadi kayu pengukur tentang sejauh mana penerimaan masyarakat ke atas parti tersebut.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply