53 ribu PATI Dihantar Pulang

KUALA LUMPUR - Seramai 53,682 pekerja asing tanpa izin (PATI) telah diampun dan dibenarkan keluar dari negara ini sejak proses pengampunan di bawah Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asiang Tanpa Izin (Program 6P) bermula 1 Sept lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata daripada jumlah itu, bilangan PATI dari Indonesia adalah yang paling ramai iaitu 35,142 orang.

Ia diikuti India (4,039), Nepal (2,766), Myanmar (2,467), Bangladesh (2,108), Kemboja (1,901), Vietnam (1,289), Filipina (1,167), Pakistan (1,123), sri Lanka (786) dan 493 warga China.

""Daripada statistik yang sama, seramai 41,422 PATI direkodkan keluar menggunakan pengangkutan udara, 12,110 memilih jalan laut dan 141 menggunakan laluan darat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sehingga hari ini, sejumlah 2,721 PATI dan 46 majikan ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia menerusi 1,178 operasi penguatkuasaan Program 6P bermula 20 Okt lepas.

Menurut laporan Jab Imigresen M'sia, jumlah statistik Pekerja Asing Sah dan PATI yang telah didaftarkan menerusi program 6P ialah sebanyak  2.3 juta orang.

Program 6P meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply