SPR tanggung rugi RM5juta dakwat lama

KUALA LUMPUR - Selepas berdolak-dalik menggunakan alasan dilarang agama menerusi fatwa dan kemudiaan menggunakan perlembagaan tidak membenarkan penggunaan dakwat kekal, akhirnya Suruhanjaya Pilihanraya akhirnya tewas jua mengakui akan menggunakan dakwat terbabit pada PRU 13 nanti.

Berbanding sistem biometrik yang mahu digunakan, kosnya juga dilapor lebih murah kerana tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai serta tidak mempunyai kos untuk diselenggara.

Disamping itu, SPR juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM5juta apabila dakwat yang dibeli pada 2008 sudah tamat tempoh dan terpaksa membeli stok yang baru.

Cubaan SPR untuk sekali lagi menggunakan agama sebagai perisai terakhir untuk tidak menggunakan dakwat kekal seperti 2008 tidak berjaya apabila banyak ahli ulama dan tokoh agama mengkritik pihak SPR yang tidak memahami tentang prisip keadilan dalam Islam.

Sumber dipetik dari NST.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply