KUALA LUMPUR - Menamakan diri mereka gerakan 'ASAL BUKAN UMNO', kumpulan yang dianggotai oleh para pemuda ini menyeru seluruh pelosok rakyat tanpa mengenal warna kulit atau agama untuk menolak UMNO secara total pada PRU Ke-13 ini.
Menyedari terpaksa berhadapan mesin dan alat kerajaan yang terdiri daripada polis, askar, RELA, bomba, kementerian-kementerian dan banyak lagi menyebabkan inisiatif diambil oleh pemuda ini untuk mengelak terus daripada ditindas.
Disamping itu, ABU juga turut menggumumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam, satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall.
Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia.
- Recent Posts
- Comments
Advertisement
0 comments