Saifuddin arah UM beri tunjuk sebab

KUALA LUMPUR - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM) akan diarah untuk memberi penjelasan dan tunjuk sebab kerana mengganggu debat mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) malam tadi.

Dalam laporan media semalam, pihak penganjur debat menyalahkan pihak SB bersama pegawai keselamatan universiti yang bertindak menghalang majlis ilmu tersebut daripada terus berjalan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam laman sosialnya menegaskan akan menyiasat insiden tersebut secara teliti.

'Siasatan akan dijalankan,' demikian petik daripada Twitter Saifuddin.

Timbalan Naib Canselor, Rohana Yusof turut dipersalahkan atas insiden tersebut dan pihak penganjur dalam kenyataan mengatakan Rohana enggan bekerjasama bagi membenarkan mereka meneruskan debat tersebut.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply