Nasib Pak Lah, Menantu Di Hujung Tanduk

KUALA LUMPUR - Karier dua beranak iaitu bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dan menantu Khairy Jamaluddin berada dihujung tanduk, nada merajuk kedua-dua pemimpin UMNO yang satu ketika dahulu dianggap ulung semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Pak Lah pastinya tidak dapat tidur lena selepas ditendang timbalan sendiri, manakala Khairy pula kini berhadapan anak-anak Mahathir Md yang kian hari mendapat tempat dihati para perwakilan UMNO.

Nada merajuk Pak Lah diluahkan dalam akhbar Sinar Harian selepas majlis bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

"Tak usah cakaplah, macam saya ni orang tak mau dengar dah…," kata Pak Lah.

"Memadai untuk saya katakan sebagai anggota parti, saya akan berkempen untuk BN," tambahnya lagi.

Berbeza dengan menantunya Khairy, berjawatan Ketua Pemuda UMNO tetapi tidak dalam kabinet Najib Razak nyata memberi kesan kepada kepimpinannya.

Mana tidaknya, timbalan Ketua Pemuda pun memegang jawatan dalam kabinet inikan pula ketua Pemuda.

Lantaran itu, tulisan Khairy dalam Twitter menzahirkan rasa merajuk seorang yang bergelar Ketua ini dapat difahami.

Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik (Tidak sabar).

"Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat), " tulisnya menerusi Twitter pada Sabtu.

Meskipun kemudiaannya berdolak-dalik dengan kenyataannya itu, ia jelas melihat nasib kedua-dua beranak ini semakin di hujung tanduk.

Kisah ini turut menjangkakan bakal berlaku lagi perubahan angin yang drastik menjelang PRU 13 nanti.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply