Jangan Buat Spekulasi 'Hassan Ali' - Hadi Awang

SHAH ALAM - Mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik sumber sebagai berkata, Datuk Dr Hasan Ali akan 'disingkirkan' daripada menjadi calon PRU ke-13 oleh PAS Selangor - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur kepimpinan PAS Selangor supaya jangan membuat sebarang spekulasi.

Katanya PAS masih belum memuktamadkan senarai calon kerana tarikh sebenar pilhanraya umum masih belum diketahui.

Beliau juga menegaskan adalah tidak benar PAS telah menggugurkan Dr Hassan, kerana beliau masih belum melihat senarai penuh calon yang bakal bertanding.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan dokumen 10-Perkara mengenai negara kebajikan di Kompleks PKNS semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman pula berkata, sebarang spekulasi mengenai kedudukan pencalonan Dr Hasan adalah tidak wajar, kerana ia boleh menjejaskan peluang calon lain yang terpilih.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply