Bantuan BN selang 5 tahun, PR setiap tahun - Guan Eng



KUALA LUMPUR - KM P. Pinang, Lim Guan Eng menegaskan kegagalan BN memerintah dapat dibuktikan dengan hanya memberi bantuan apabila tiba musim pilihanraya dan bukannya setiap tahun berbanding kerajaan Pakatan.

Disamping itu, Guan Eng juga mencabar kerajaan BN samaada mampu mengurangkan hutang negeri daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada hanya RM30 juta sekarang.

Berbeza dengan konvensyen UMNO dua minggu lalu, rakyat amnya boleh membandingkan antara dua pemerintah yang bercakap tanpa fakta dan yang bercakap berdasarkan angka dan fakta satu persatu.

Guan Eng disamping itu menegaskan parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan.

Selain menyentuh isu ekonomi dan sosial negeri, Guan dalam ucapannya juga sempat menegaskan tentang hak asasi manusia apabila sekali lagi menekankan "125 cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)".

Dalam mengakhiri ucapannya, Guan Eng sempat memetik kata ahli falsafah yang berbunyi, "Thomas Jefferson telah berkata bahawa kezaliman akan berlaku apabila rakyat takut dengan kerajaan, tetapi kebebasan akan dicapai apabila kerajaan takut dengan rakyat."
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply