KWSP Beli Hartanah Di London

KUALA LUMPUR - Laporan daripada syarikat penerbitan Thomson Reuters, Basis Point hari ini melaporkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) telah melengkapkan pinjaman bernilai 300 juta pound (RM1.4b) untuk membiayai pembelian tiga hartanah di London.

Menurut sumber Basis Point tersebut, pinjaman EPF tersebut telah meningkat daripada 240 juta pound dan pinjaman tersebut diselia oleh pihak Citigroup (arranger, bookrunner dan underwriter ke atas perjanjian tersebut).

Salah satu unit EPF, KWASA UK solo Ltd merupakan peminjam ke atas perjanjian tersebut yang mana akan menaja tiga pengambilalihan hartanah tersebut di London dengan nilai 490 juta pound.

Basis point menyatakan sebahagian baki nilai pembelian dibiayai oleh EPF.

Disamping itu, sumber tersebut menyatakan pihak EPF tidak memberi sebarang jaminan ke atas pinjaman tersebut.

Namun, sekiranya berlaku pengingkaran ke atas pinjaman tersebut, pihak EPF dikehendaki membeli hartanah tersebut daripada KWASA dengan nilai sekurang-kurangnya menyamai baki dengan jumlah yang tertunggak tersebut.

Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak KWSP mengenai perkembangan terbaru ini.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply