15 Siswa Dibebas Polis

KUALA LUMPUR - Selepas mendapat tekanan daripada peguam dan aktivis yang turun ke Balai Polis Travers, seramai 15 orang mahasiswa yang ditahan telahpun dibebaskan sekitar jam 11 malam tadi.

Menurut maklumat menerusi Twitter peguam yang mengendalikan kes tersebut, Fadiah Nadwa kesemua mereka telah dibebaskan selepas hampir 4 jam ditahan dan keterangan mereka diambil tanpa dengan nasihat peguam.

Lebih melucukan ialah apabila pihak polis cuba menangkap rakan-rakan siswa yang ditahan kerana mengambil bersama rakan mereka yang baru dilepaskan.

Turut hadir bagi memberikan tanda sokongan kepada siswa yang ditahan kelihatan Pengerusi Bersih, Ambiga dan beberapa aktivis lain.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitter berkata beliau sedang memantau kes itu.

Kesemua mereka ditahan polis ketika terbabit dalam perhimpunan flashmob di KL Sental dekat ibu negara bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa makin dikekang kerajaan.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply